ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees iaitu Jojo atau Nur Hasan Balas meninggal dunia pada pagi Ahad dipercayai akibat serangan jantung.
Berita duka itu dikongsi penyanyi Mimy Fly yang memaklumkan sahabatnya itu meninggal dunia selepas rebah di dalam masjid.
“Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas. Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.
Jojo tiba-tiba rebah selepas perjumpaan kumpulan tabligh.
“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Mimi berkata meskipun sudah lama tidak berjumpa namun mereka masih kerap berhubung malah merancang untuk bertemu dalam masa terdekat.
Tambah Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, Jojo seorang sahabat yang baik.
“Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.
“Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak,” ujarnya.
Dilabel Sombong Tidak Jejaskan Mimi (One Nation Emcees)
Mimi mengakui dia seorang yang lantang bersuara tetapi bukan sombong.
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan One Nation Emcees iaitu Mimi merasakan personalitinya yang lantang bersuara dalam memberi pendapat antara penyebab dia dilabel sebagai sombong oleh sesetengah pihak.
Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 27, berkata, sejak dahulu lagi dia tidak pandai untuk bersikap ‘bermuka-muka’ atau menyimpan pandangannya terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan cara itu menjadi satu pertikaian.
“Jika saya marah, sedih atau pun gembira saya memang akan tunjuk dan tidak pandai sorok perasaan sebenar dan mungkin itu yang menyebabkan orang terus melabel saya dengan hanya melihat pada satu situasi.
“Tapi saya tidak nafikan memang saya seorang yang lantang bersuara dan rakan-rakan tahu akan personaliti saya itu,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Mimi berkata, dia tidak perlu berasa hati dengan tuduhan tersebut kerana ia adalah hak masing-masing dan tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Mimi menjelaskan tuduhan itu langsung tidak menjejaskan reputasinya kerana dia bukan seperti mana digambarkan oleh sesetengah pihak.
“Pada saya setiap orang ada hak untuk membuat penilaian terhadap seseorang termasuk saya dan apa yang diperkatakan itu tidak ada kena mengena dengan saya.
“Saya bukan seorang yang sombong dan sebenarnya saya peramah dan mudah bergaul dengan orang lain. Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Mimi berkata, dia bersama ahli kumpulan One Nation Emcees baharu sahaja melancarkan single berjudul Hoi Ya Hoi.
Jelas Mimi, mereka juga turut mengarahkan muzik video berkenaan dan ia bakal dilancarkan menerusi Youtube dalam masa terdekat ini.
“Kami masih lagi aktif sebagai sebuah kumpulan dan baharu sahaja lancarkan single terbaharu dan berharap ia akan mendapat sambutan peminat kami.
“Paling menarik muzik video Hoi Ya Hoi turut diarahkan oleh kami sendiri dan tidak sabar rasanya untuk melancarkan hasil kerja kami itu,” katanya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply