Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Men1nggalDun1a Sbb

Anak bongsu pemain bola sepak, Zaquan Adha dilaporkan meninggal dunia pada usia enam bulan, petang Selasa.

Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia

Berita pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha dilaporkan sendiri oleh Zaquan menerusi Instagram Story (IGs).

Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi.

Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini.

Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh itu tidak diberitahu lanjut oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Ayu Raudhah selamat bersalin anak ketujuh, timang cahaya mata lelaki

Ayu (kiri) selamat melahirkan cahaya mata ketujuh.

PELAKON Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan pada pukul 12.57 tengah hari Jumaat.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya iaitu Zaquan Adha yang memaklumkan mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024.

ayu - 1

Zaquan memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.

Zaquan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Zaquan turut memaklumkan isterinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.

Kata Zaquan, dia akan menguruskan sendiri urusan membersihkan dan menanam uri bayi di kediaman mereka.

“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okay. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.

“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya.

Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*