Zaquan mohon doa, Jenaz4h bayi akan dikebvmikan pagi ini

KUALA LUMPUR: “Terima kasih atas sokongan, cuma beri masa kepada saya dan isteri. InsyaAllah, jenazah akan dikebumikan 9 atau 10 pagi esok (hari ini) di Makam Tuan Haji Said, Seremban,” luah Zaquan Adha dalam nada sebak.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau apabila ahli keluarga dan rakan terdekat, termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, hadir memberi sokongan moral kepada Zaquan dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah.

Difahamkan, bayi pasangan itu, Muhammad Aisy Al Rees, tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat, sekitar jam 1 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Selepas disahkan meninggal dunia, jenazah dipindahkan ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.

Zaquan dan Ayu ditemani ahli keluarga, termasuk pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Proses bedah siasat selesai sekitar jam 10.30 malam sebelum jenazah dimandi dan dikafankan oleh Amal Rembau.

Zaquan turut berkongsi berita duka itu di Instagram dan memohon doa agar mereka sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ini.

TERDAHULU…

Hiba, ZaquanAdha Menangis Uruskan Jnaz4h Anak Bongsu Di Unit F0r3ns1k…Keluarga Turut Hadir

Suasana pilu menyelubungi Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau, Negeri Sembilan sepanjang urusan jenazah anak bongsu kepada pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha malam Selasa.Sehingga artikel ini ditulis, difahamkan, jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang baru berusia enam bulan masih berada di unit forensik hospital berkenaan.

Menerusi tinjauan Gempak di lokasi, kesedihan jelas tergambar di wajah Zaquan yang acap kali menyeka air mata dan sebak sepanjang proses menguruskan jenazah anak bongsunya itu.

Pasangan itu kelihatan ditemani oleh keluarga dan kenalan rapat yang turut hadir menziarah.

Antara yang dilihat hadir di unit forensik ialah kakak kepada Ayu Raudhah, pelakon Rozita Che Wan dan Ruby Che Wan.

Turut kelihatan ialah bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, serta pemain pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Nasrullah Haniff Johan dan Annas Rahmat.

Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka kehilangan anak bongsunya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.

Manakala, Rozita menerusi kiriman teks kepada media memberitahu kejadian yang berlaku sekitar tengah hari Selasa difahamkan akibat meninggal dunia ketika tidur.

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Terdahulu….

“Ayu Panggil Ambulans Sebab Tengok Baby Dah Tak Sedarkan Diri” – CheTa

Kakak kepada pelakon Ayu Raudhah, jelitawan Rozita Che Wan berkongsi perkembangan terkini insiden anak saudaranya,Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang meninggal dunia pada Selasa.

Meninggal dunia dalam tidur

Jelas Che Ta, berita diterima daripada Ayu menyatakan anak kepada pasangan itu meninggal dunia sekitar tengah hari tadi.

“Arwah meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari tadi ketika di rumah. Ayu panggil ambulans sebab tengok baby sudah tak sedarkan diri, meninggal dunia dalam tidur.

“Jenazah sekarang masih di Hospital Rembau dan harap dapat dikebumikan pada malam ini,” kongsinya.

Setiap minggu datang tidur rumah

Che Ta menyifatkan Aisy seorang bayi yang baik dan rapat dengannya sejak dilahirkan.

“Dia baby yang baik amat-amat. Mereka kan selalu datang tidur di rumah jadi memang rapatlah dengan baby. Boleh kata setiap minggu depa mai tidur rumah.

“Hari ni genap usia enam bulan sembilan hari,” tambah Che Ta.

Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

TERDAHULU…

Anak bongsu pemain bola sepak, Zaquan Adha dilaporkan meninggal dunia pada usia enam bulan, petang Selasa.

Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia

Berita pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha dilaporkan sendiri oleh Zaquan menerusi Instagram Story (IGs).

Salam semua, anak bongsu kami telah kembali kepada penciptanya, sebentar tadi.

Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini.

Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh itu tidak diberitahu lanjut oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Ayu Raudhah selamat bersalin anak ketujuh, timang cahaya mata lelaki

Ayu (kiri) selamat melahirkan cahaya mata ketujuh.

PELAKON Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan pada pukul 12.57 tengah hari Jumaat.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya iaitu Zaquan Adha yang memaklumkan mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024.

ayu - 1

Zaquan memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.

Zaquan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Zaquan turut memaklumkan isterinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.

Kata Zaquan, dia akan menguruskan sendiri urusan membersihkan dan menanam uri bayi di kediaman mereka.

“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okay. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.

“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya.

Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*