
Mayat seorang wanita ditemui di tepi jalan dalam keadaan memeluk satu bayi lelaki yang tidak bernyawa.
Bayi masih bertali pusat!
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, kedua mayat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki di tepi jalan yang terletak di Kulai, Johor sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Difahamkan, wanita berkenaan berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin memandangkan bayi itu masih bertali pusat.
Menurut pihak polis, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat namun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujudnya sebarang unsur jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat itu namun tidak mengulas lanjut.
Sumber: Berita Harian
MATI KETIKA MELAHIRKAN ANAK
Soalan :
Perempuan yang mati ketika melahirkan anak adalah mati syahid. Adakah dimandikan akan jenazahnya?
Jawab :
Memang benar perempuan yang mati ketika melahirkan anak adalah termasuk mati syahid tetapi sepakat ulamak wajib memandikan jenazahnya kerana mati syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat.
Mati syahid yang tidak dimandikan jenazahnya ialah mati syahid dunia yaitu mati kerana berperang dengan orang kafir pada jalan Allah.
Berkata Mufti negeri Mesir :
اتفق فقهاء المذاهب الأربعة على أن المرأة الحامل إذا ماتت في الولادة تُغسَّل ويصلَّى عليها، ولها حكم الشهداء في الآخرة وثوابهم فضلًا من الله ورحمة.
قال الإمام ابن قدامة في “المغني”: [فأما الشهيد بغير قتلٍ؛ كالمبطون والغريق وصاحب الهدم والنفساء، فإنهم يغسَّلون ويصلَّى عليهم، لا نعلم فيه خلافًا، إلا ما يُحكَى عن الحسن: لا يُصَلَّى على النفساء لأنها شهيدة، ولنا “أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم صلى على امرأةٍ ماتت في نفاسها فقام في وسطها”] اهـ. (جزء 2 صفحة 405، مع “الشرح الكبير”، مطبعة المنار سنة 1345 هجرية).
والله سبحانه وتعالى أعلم.
الرقم المسلسل : 567
دار الإفتاء المصرية
Artinya :
“Telah sepakat fuqahak mazhab yang empat atas bahawasanya perempuan yang hamil apabila mati ia ketika melahirkan anak dimandikan jenazahnya dan disembahyangkan atasnya. Baginya dihukumkan syahid akhirat dan pahala mereka adalah kurnia daripada Allah dan rahmat-Nya.
Berkata Imam Ibnu Qudamah : Maka adapun syahid yang mati bukan berperang seperti mati sakit perut dan mati lemas dan mati tertindih dan mati beranak maka bahawasanya mereka ini dimandikan dan disembahyangkan atas mereka. Tidak kami ketahui ada perselisihan padanya melainkan apa yang dihikayatkan dari Al-Hasan tidak dimandikan atas yang mati beranak kerana mereka adalah syahid. Dan bagi kami bahawasanya Nabi saw telah sembahyangkan jenazah perempuan yang mati ketika melahirkan anak lalu baginda berdiri pada pertengahan jenazahnya.”
Majlis Fatwa Negeri Mesir
Wallahua’lam
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply