“Sebulan tunggu ayah balik.. “Sekali Ini tindakan anak bila tahu ayah Dibunuh kejam..

ALOR SETAR, 30 Sept -- Anak mangsa kes pesara Felcra dibunuh, Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, tiba di lokasi pencarian ayahnya yang dibunuh sebelum dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra hari ini. Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata misteri kehilangan mangsa, Sabari Baharom, 62 sejak 4 September lepas terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mangsa telah dibunuh sebelum dicampak ke dalam sungai. Fisol Salleh berkata pihaknya menahan dua suspek berusia 26 dan 38 tahun Jum

Tindakan suspek buang ayah dalam sungai sangat kejam! – Anak Sabari

JITRA – Tindakan suspek yang mencampak bekas pegawai
kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat disifatkan sangat kejam oleh anak mangsa.

Tindakan suspek buang ayah dalam sungai sangat kejam! – Anak SabariMuhammad Amir Hakimi Sabari, 25, bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis tentang kejadian yang menimpa bapanya itu.

Sabari dibvnuh, m@yat mangsa belum ditemui

ALOR SETAR, KEDAH: Misteri kehilangan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, di Baling akhirnya terungkai apabila polis memberkas dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat membvnuh mangsa.

Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu.

“Ekoran perkembangan kes orang hilang, Polis Kedah berjaya mengesan dan memberkas dua suspek lelaki yang disyaki dapat membantu siasatan kes tersebut.

“Hasil soal siasat dijalankan, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap. Sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan melibatkan kes orang hilang melibatkan mangsa kini dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, polis juga telah memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa.

“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Sebaliknya orang ramai diminta untuk membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Sabari yang juga bekas pegawai kewangan Felcra didapati hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangan itu dianggap misteri oleh ahli keluarganya kerana kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu namun mangsa tiada.

Ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.

Pelbagai usaha mencari telah dilakukan oleh ahli keluarga namun sehingga kini Sabari masih gagal dikesan.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA
Oleh: MUHAMAD AIMY AHMAD
30 September 2024.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*