Ridzuan Ridz0kumvra Seb4k, Kongsi Nota Terakhir Arw4h Ak1k0

Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Ridzokumura, berkongsi nota peninggalan terakhir Allahyarham isterinya, Akiko Okumura.

Menerusi siaran langsung tular di platform TikTok, Ridzuan menunjukkan nota tersebut yang tertera lukisan Allahyrham Akiko bercadang untuk menyedaiakan juadah sarapan kepada suami dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.

“Ini adalah nota terakhir arwah isteri saya, rupanya pagi tu dia nak buat menu sahur untuk saya dan Sky…

“Dia siap lukis lagi makanan yang dia nak masak, ada nasi..,” katanya dalam nada sebak.

Sebelum ini, Ridzuan akhirnya mendedahkan punca pemergian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura yang difahamkan telah terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka.

Pada hari Jumaat yang lalu, Ridzuan berkongsi berita duka mengenai pemergian isterinya tersayang.

Jenazah Allahyarham Akiko Okumura telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada pagi Sabtu.

Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam, terutama kepada suami serta anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia 13 tahun.

Ridzuan dan Akiko, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009, kini menghadapi Ramadan yang berbeza tanpa kehadiran dan kasih sayang insan tersayang.

@adindapuspawangii

Gugur lagi air mata tgok live abg @ridz_okumura ni..sempat arwah tulis note untuk buat bfast pagi jumaat tu..al fatihah bidadari syurga abg, baik sgt arwah ni..kpda smua yg kecam tu, hentikan la ye..kesian sky..utk pngetahuan jugak, vtt Akiko live nnyi lagu doraemon tu mndapat kebenaran abg utk di post kan ye✌️

VIDEO

‘Henti ambil kerja Tuhan, Akiko sudah bersemadi’

Iqram Dinzly menerusi siaran langsung di akaun TikTok berkongsi sifat keperibadian Allahyarhamah Akiko Okumura

PETALING JAYA – Pelakon Iqram Dinzly menggesa orang ramai untuk berhenti membuat andaian tentang kematian isteri kepada sahabatnya, Ridzuan Rokumura iaitu Allahyarhamah Akiko Okumura.

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok, Iqram atau nama sebenar Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkongsi mengenai sifat keperibadian Allahyarhamah Akiko yang baik.

“Dia (Allahyarhamah Akiko) memang taat setia, bercakap dengan penuh kesopanan kesusilaan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*