“Mana… M4tii ke?” – Ibu Mer4ung di lokasi Kem4langan, anak M4ut Dir3mpuh kereta Honda L4ngg4r lampu isyarat

DETIK penuh emosi menyelubungi lokasi kemalangan apabila seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang mangsa rebah sebaik tiba di tempat kejadian pada Khamis malam.

Video berdurasi 37 saat yang memaparkan situasi menyayat hati itu tular di media sosial, menunjukkan wanita berkenaan bertanyakan mengenai keadaan anaknya yang terbabit dalam nahas tersebut.

“Mana (anak)… mati ke?” kedengaran suara wanita itu dalam keadaan meraung sebelum dia ditenangkan oleh ahli keluarga, pihak polis dan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, rakaman tersebut diambil seorang individu yang berada di situ dan turut meluahkan kesedihan menyaksikan insiden berkenaan.

Kemalangan jalan raya berlaku di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, Negeri Sembilan.

Selain itu, satu lagi video berdurasi 33 saat turut tular, menunjukkan sebuah kereta dipandu laju menghampiri lampu isyarat sebelum berlaku perlanggaran kuat yang dipercayai menjadi punca kejadian.

Dalam insiden tersebut, empat individu cedera parah termasuk dua beradik lelaki dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, memaklumkan bahawa kemalangan yang berlaku sekitar pukul 8.30 malam itu melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta dan dua motosikal.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun, dari arah Senawang menuju ke Paroi.

Tangkap layar video ketika kereta dipandu laju sebelum langgar lampu isyarat.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta berkenaan dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu merempuh dua buah motosikal dari arah sebelah kiri,” katanya.

Dalam kejadian itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian.

Akibat rempuhan kuat, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta saksi kejadian tampil membantu bagi melengkapkan siasatan.

RAKAMAN DASHCAM

LOKASI KEJADIAN

AA

GAMBAR

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

SUMBER: KOSMO/FB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*