“2 Maut.. Pemandu Trelar Rempuh Rumah Positif Dadah..” Ini Hukum4n yg bakal diterima pemandu..

KUANTAN: Pemandu treler yang merempuh sebuah rumah sehingga menyebabkan kematian dua beradik di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan hari ini, dipercayai dalam pengaruh dadah.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris Nasruddin, 25, meninggal dunia di hospital jam 1.30 tengah hari tadi.

Tiga lagi mangsa iaitu ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 64 dan 54 tahun serta seorang rakan kepada Mohd Waldon Faris berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 4.15 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 40 tahun, berseorangan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan membawa muatan siling kapur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu lelaki itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan, sehingga merempuh sebuah rumah.

“Akibat kemalangan itu, Nurnazatul Fasiha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mangsa yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan.

“Bagaimanapun, pada jam 1.30 tengah hari ini, Mohd Waldon Faris disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, ujian saringan awal yang dijalankan di Hospital Pekan mendapati, pemandu treler positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Pemandu treler akan ditahan untuk tujuan reman esok sebaik sahaja rawatan selesai,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*