Suri rumah warga Jepun maut jatuh kondo di Subang Jaya
Gambar hiasan.
PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai warga Jepun ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pasukan peronda dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan menerusi talian MERS 999, pada 8.07 pagi.
Keadaan mangsa di tempat kejadian.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa adalah seorang wanita warga Jepun, berusia 50-an sudah meninggal dunia, dalam keadaan tertiarap di atas tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu.
Katanya, siasatan awal pada tubuh mangsa dan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah membabitkan insiden itu.
“Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian mangsa.
“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu dan surat pelepasan jasad sedang dibuat kemudian diserahkan kepada suami mangsa,” jelasnya.
Wan Azlanjugamenggesamerekayangmempunyaimasalahkemurunganuntukmendapatkanbantuansepertikaunseling. – KOSMO! ONLINE
Baca Lagi👇👇
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura berkongsi mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura sememangnya mengejutkan banyak pihak.
Mana tidaknya, ramai followers memberi komen bahawa pasangan ini baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi.
Sambut Hari Lahir & Hari Lahir Anak Beberapa Hari Lalu
Perasaan sedih pastinya menyelubungi keluarga ini apatah lagi Akiko baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lalu. Manakala anak kesayangan mereka iaitu Sky pada 21 Februari serta Ridzokumura pada 11 Februari 2025.
Selain itu, Akiko dan Ridzo juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16 pada 14 Februari lalu.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya.
Punca kematian Akiko masih tidak diketahui manakala anak saudara Ridzokumura iaitu aktres Zarina Zainuddin tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh pihak media.
Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.
Al Fatihah.
Jenazah Akiko selamat dikebumikan
PETALING JAYA – Disifatkan sebagai kehilangan mengejut yang akan dirindui ramai, jenazah isteri usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pagi tadi.
Jenazah Allahyarham sebelum itu disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya sebelum disemadikan dengan dihadiri sekitar 200 orang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat bagi memberi penghormatan terakhir.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila anak tunggal Allahyarham iaitu Sky Taizo Okumura turut turun ke liang lahad bagi membantu mengebumikan jenazah ibunya.
Sky juga dilihat beberapa kali dipeluk dan ditenangkan bapanya sepanjang tempoh pengebumian jenazah arwah ibunya.
Selepas selamat disemadikan, Ridzuan turut meletakkan sejambak bunga ros merah di atas pusara Allahyarham.
Sementara itu, menerusi video TikTok milik usahawan Liana Rosli atau Kak KM, Ridzuan memberitahu Akiko pernah melahirkan hasrat untuk keluar membeli barangan dapur bagi persiapan menyambut Ramadan.
“Itulah, Akiko sepatutnya hari ini (semalam) nak beli barang-barang dapur, tapi ajalnya sudah tiba. Terima kasih semua,” kata Ridzuan.
Dalam ruangan komen, ramai netizen yang menitipkan ucapan takziah selain berasa sedih kerana bakal merindui momen Akiko memasak pelbagai jenis resisi termasuk makanan Jepun untuk keluarganya pada waktu sahur.
“Setiap tahun tunggu Akiko masak untuk berbuka dan sahur. Tahun ini tiada lagi.
“Macam mana keadaan Sky nak sambut Ramadan dan raya tanpa ibunya.
“Al-Fatihah untukmu Akiko. Semua orang pasti akan rindu nak tengok siaran langsung Ridzuan sebab nak tahu Akiko masak apa,” luah netizen.
Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun. – KOSMO! ONLINE
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply